Thursday, January 28, 2010

PInanG MAsak Jr (SOLD)


Salam kawan-kawan.. pinang masak the junior ayam baru saja menghuni reban saya. Saya amat tertarik kerana saiznya yang kecil. SeKarang dalam proses salin bulu ke muda. Harap2 sempat bawa turun ke bon SP ni....

Sunday, January 17, 2010

PertTandingan TerBUKA KEDAH

Salam... saya telah diminta untuk PUBLISH flyers untuk pertandingan ayam serama terbuka kedah. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan penganjur yang tertera pada bahagian bawah dari segi info jalan ke tempat bon, pengadil dan sebagainya...


PERTANDINGAN KESENIAN DAN KECANTIKANAYAM SERAMA 2010
ANJURAN KELAB PEMINAT AYAM SERAMA SUNGAI PETANI, KEDAH

TARIKH : 6 Februari 2010
MASA : 9.00 pagi - 5.00 Petang (Pendaftaran sehingga 2.00 Petang)
TEMPAT : Sebelah Padang Tapak Ekspo Taman Ria Jaya, Sg petani.
YURAN : RM40.00 seekor (Termasuk makan tengahari)
PENGADIL : Negeri Kelantan

Kategori yang di pertandingkan :
1) Serama Tanpa Lawi
2) Serama A
3) Serama B
4) Serama Muda
5) Serama Remaja
6) Serama Induk
7) Anak A & B

Hadiah (setiap kategori) :
JOHAN WANG TUNAI RM200
N/JOHAN WANG TUNAI RM150
KETIGA WANG TUNAI RM100
KE-4 WANG TUNAI RM50
KE-5 WANG TUNAI RM50
KE-6 - KE 10 BERUPA SAGUHATI
(30% DARI PENYERTAAN)

BEST OF THE BEST:
*** PIALA & HAMPER ***

CABUTAN BERTUAH
10 hamper, 5 dvd, 3 kipas angin

CABUTAN BONANZA
1) WANG TUNAI RM1000
2) PENGINAPAN 2 HARI 1 MALAM DI KIARA RESORT PULAU SAYAK (untuk 2 peserta)
3) TV 29'
4) BASIKAL BMX
5) WANG TUNAI RM50 UNTUK 4 PESERTA
6) TIKET PERCUMA KE KOLAM MEMANCING DI AGRO SG JAGUNG UNTUK 5 PESERTA


SYARAT PERTANDINGAN:

1- Ayam dalam sangkar kecuali anak
2- Sebarang penipuan pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan tanpa notis wang
tidak di kembalikan
3- Keputusan pengadil adalah muktamad
4- Pengajur tidak akan bertanggungjawab keatas keselamatan dan harta benda peserta
semasa atau selepas pertandingan
5- Johan serama A, B, Muda, Remaja dan Tanpa Lawi akan bertanding untu BOTB

KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:

EN SHIDI - 0195201599
EN AZAHAR - 0174262359
EN BAHARI - 0194485965

Thursday, January 14, 2010

KoTAK ISi BOmB

Salam... Ini kotak untuk isi bomb untuk bon game. Hasil tangan sendiri yang tak seberapa. Tapi dah ada 2 orang kawan serama tempah hah katanya untuk isi bomb yang not for sale. heheheheh





Monday, January 11, 2010

SRi PuCHOng TerkINi



Ini adalah gambar sri puchong terkini. ayam mempunyai aksesori yang cantik cuma perangai atas meja ja masih lagi gayat.